Saturday, August 21, 2010

SETAHUN SUDAH BERLALU

Assalamualaikum...
Telah terlalu lama ku tinggalkan blog ini tanpa sepatah kata. Bukan aku dah lupa, cuma kekangan masa yang merantai tanganku untuk terus menulis atas ruang maya ini. Rasanya ramadan lalu ku buka blog ini, dan sehingga ramadan ini baru tercetus rasa hati untuk mencoret lagi...
Banyak yang  telah berubah namun mudah-mudahan hati yang berdinding iman ini lebih kebal menahan segala nafsu amarah.
Sempena bulan keberkatan, ramadan Al-Mubarak, ku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga kemeriahan ibadah dan kemanisan iman dapat menyuntik motivasi menambah pahala menghapus dosa . Cukup dulu, azan zohor segar berkumandang, sampai jumpa lagi.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN- EIDUL FITRI

SEMOGA KEHADIRAN SYAWAL DI SAMBUT DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KETULUSAN.

Sunday, September 13, 2009

AMALAN SUNNAH AIDILFITRI

a) Bertakbir pada 1 syawal. Bermula ketika terlihatnya anak bulan (hilal) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Bertakbir juga disunnahkan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat aidilfitri.

b) Meneruskan Qiamullail. Beristiqamah dalam menghidupkan malam dengan ibadah pada bulan yang berikutnya.
c) Mandi sebelum solat Aidilfitri.
d) Makan sebelum solat Aidilfitri
e) Memakai pakaian yang indah. Bagi kaum wanita, tidak memakai perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Kaum lelaki disunahkan untuk memakai wangi-wangian.
f) Bergembira pada hari raya Aidilfitri dengan hiburan yang tidak melalaikan .

Wednesday, September 2, 2009

Bacalah





Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan,menjadikan manusia daripada seketul darah.Bacalah, dan sesungguhnya Tuhanmu yang Pemurah mengajar ilmu dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa-apa ilmu yangmereka tidak ketahui
Al-`Alaq 1-5

Ustaz Kazim Elias

Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT BERPUASA


Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah Azza Wa Jalla Wa a'la.

Saturday, August 8, 2009

salam

Assalamualaikum, pengenalan kepada barisan pendidik merangkap teman seperjuangan Panitia Pendidikan Islam SMKPG3. Didedikasikan khas untuk kalian, yang tekun berjuang, menabur bakti merealisasi harapan.