a) Bertakbir pada 1 syawal. Bermula ketika terlihatnya anak bulan (hilal) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Bertakbir juga disunnahkan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat aidilfitri.
b) Meneruskan Qiamullail. Beristiqamah dalam menghidupkan malam dengan ibadah pada bulan yang berikutnya.
c) Mandi sebelum solat Aidilfitri.
d) Makan sebelum solat Aidilfitri
e) Memakai pakaian yang indah. Bagi kaum wanita, tidak memakai perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Kaum lelaki disunahkan untuk memakai wangi-wangian.
f) Bergembira pada hari raya Aidilfitri dengan hiburan yang tidak melalaikan .